Sachin Tendulkar
Sachin Tendulkar

Sachin Tendulkar

Sachin Ramesh Tendulkar sebutan (bantuan·maklumat) (Bahasa Marathi: सचिन रमेश तेंडुलकर), lahir di Bombay, Maharashtra, India pada 24 April 1973, ialah seorang pemain kriket India yang diiktiraf sebagai salah seorang pemukul terhebat dalam sejarah sukan kriket.[1][2][3] Pada tahun 2002, Wisden menggelar beliau pemukul Test kedua terhebat sepanjang zaman, mengekori Sir Donald Bradman, dan juga pemukul one-day international (ODI) kedua terhebat sepanjang zaman di belakang Sir Viv Richards.[4] Pada bulan September 2007, Shane Warne, pemutar bias belakang pemecah rekod dari Australia, menganggap Sachin Tendulkar sebagai pemain terhandal yang pernah bermain bersamanya atau ditentangnya.[5] Adakalanya beliau bergelar the Little Master atau the Master Blaster.[6][7]Tendulkar merupakan pencatat larian tertinggi dalam kedua-dua acara Test dan ODI, dan juga pemukul yang paling banyak century dalam kedua-dua acara. Pada 17 Oktober 2008, dengan memecah rekod Brian Lara untuk catatan larian terbanyak dalam acara Test Cricket, beliau turut menjadi pemukul pertama yang mencatat 12,000 larian dalam acara ini,[8]di samping menjadi pemukul ketiga dan rakyat India pertama yang menjangkau 11,000 larian dalam acara Test cricket.[9] Beliau juga pemain pertama yang mencatat 10,000 larian dalam acara one-day international. Tendulkar telah dikurniakan anugerah Padma Vibhushan, iaitu anugerah awam kedua tertinggi di India, dan juga anugerah Rajiv Gandhi Khel Ratna, iaitu penghormatan kesukanan tertinggi di India.

Rujukan

WikiPedia: Sachin Tendulkar http://content-www.cricinfo.com/india/content/stor... http://www.dawn.com/2004/03/17/spt2.htm http://www.hindu.com/2004/12/12/stories/2004121202... http://www.hindustantimes.com/StoryPage/StoryPage.... http://www.india-today.com/itoday/04051998/sport.h... http://www.rediff.com/cricket/2002/dec/13wisden.ht... http://tendulkar.co.in http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/cricket/england/69... http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/cricket/6462199.st... http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/columnists/...